Friday, 3 February 2012

Renungkanlah Maksud Surah At Takwir - Surah Yang Ke 81 Dalam Juz 30

Sinopsis Kandungan Buku Mendekati Al Qur'an oleh Haji Ahmad Akhyar

Buku Mendekati Al-Quran membincangkan tiga persoalan : Bab Pertama : Tentang bagaimana para sahabat dan generasi awal mendekati Al-Quran . Bab Dua : Sejarah perkembangan Tafsir Al-Quran dan persoalan berkenaan Tafsir . Bab Tiga : Bagaimana berinteraksi dengan Al-Quran menurut Syeikh Muhammad Al-Ghazali, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr.Sholah Al-Khalidi.


Sahabat Usaid bin Al-Hudhair pada suatu malam membaca Al-Quran telah menarik minat para malaikat mendengarnya sehingga malaikat hampir-hampir menzahirkan diri mereka di langit . Maka kelihatan payungan lampu di langit, apakah pada masa kini mungkin berlaku pada mana-mana umat Muhammad SAW kalau membaca Al-Quran ?

Dr.Sholah Abdul Fatah Al-Khalidi membentangkan kunci bagaimana untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran kerana Al-Quran untuk orang yang hidup dan bukan hanya sekadar dibaca pada orang yang telah mati ....

Thursday, 2 February 2012

Prakta Dari Penerbit Buku MENDEKATI AL QURAN

      Al-Quran adalah kitab suci sepanjang zaman, yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, untuk zaman Nabi, hari ini dan sampai akhir zaman, petunjuk paling sempurna, meliputi pedoman asas segala aspek kehidupan. Pedoman agung ini untuk tuntutan peribadi, rumah tangga keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

     Bagaimana mendekati Al-Quran ada di dalam buku terbaru ini, dan sebagaimana disebut dalam Al-Quran, Allah lah yang menurunkan maka Allah jugalah yang memeliharanya. Jadi keindahan dan kehebatan Al-Quran, bukan hanya hiasan di almari atau rak-rak rumah, tetapi keindahannya harus kita amalkan, dan keindahannya akan nampak dalam tingkah laku, sikap kita dan Al-Quran akan menjadi garis panduan asas kemana hala tuju hidup  kita di dunia ini.

    Penerbit teringat akan almarhum Buya Ahmad Rasyid Sutan Mansur, abang ipar dan juga guru kepada almarhum Buya Prof Dr Hamka, Buya Sutan Mansur digelar Al-Quran berjalan kerna kehidupan harian, tingkah laku, dan tutur kata beliau  yang keluar dari mulutnya, hanya kata-kata hikmah yang penuh isi, makna dan mutiara,  tiada keluar kata-kata yang membazir, sebab bila duudk dan berjalan sahabat abadinya adalah Al-Quran  dan Ayaturrahman,  kitab untuk mencari ayat-ayat Al-Quran , dan tentu beliau akan membahas ikutran  kita seterusnya iaitu Hadis Rasulullah SAW.

    Penerbitan buku ini, tepat pada masanya , apalagi ditulis oleh orang yang tidak asing  lagi bagi kita; dalam dakwah dan gerakan Islam di negara kita Malaysia ini iaitu Ustaz M Rivai Batubara  dan Ustaz Ahmad Akhyar Rivai, yang begitu indah dan padatnya menulis  bagaimana caranya  kita mendekati Al-Quran. Marilah kita berdoa semoga kita dapat memahami  dan mengamalkan  Al-Quran sedapat yang boleh, sehingga hidup dan mati kita bersama Al-Quran.

Kuala Lumpur,
Safar 1433 HIjrah/Januari 2012

    


Wednesday, 1 February 2012

Dapatkan naskhah Buku Mendekati Al Quran hari ini

Anda boleh mendapatkan naskhah buku ini - 

(1) Pembelian Secara Pos - Hubungi Ashraf 0111-9967806
Harga termasuk pos = RM20/= 

(2) Harga Promosi - 
Dengan Penghantaran di Kawasan Lembah Kelang = RM15-00;  Hubungi Ashraf [0111-9967806]
Dengan Penghantaran di Kawasan Lembah Kinta = RM15-00; Hubungi Ustaz Haji Ahmad Akhyar [0125909125]

(3) Menjadi Pengedar-
Kepada sesiapa yang berminta membantu mengembangkan Da'wah bersama dengan mengedar Buku ini bolehlah menghubungi  Ashraf [0111-9967806] 

Harga Jualan Pasaran = RM17-60

Mukadepan Buku - Mendekati Al Quran


Salam kepada semua pembaca budiman

Dengan izin Allah SWT, buku MENDEKATI AL QURAN karya Haji Muhammad Rivai Batubara dan Haji Ahmad Akhyar kini telah diterbitkan. Silalah rujuk ke Blog ini bagi segala keterangan lanjut berkenaan buku tersebut.